Monday 10 November 2014

Love is for the fools

It's not easy
pretending everything's fine
it's not easy 
pretending it didn't hurt at all
It's not easy
thinking this could be the end
the final goodbye
between you and me

But I'd do it anyway
I'd do it for
Always for you
I'll go
as you wish
I'll leave
as you want me to

It's not the first time
I've been there before
Rejected
Thrown away
and yet I falsely believe 
that one day I will belong to someone
someone like you

I give up this time
I won't fall in love again
there will be no next time
there will be no more hope
that i will meet someone 
who needs me as much I need him

Love is for the fools
and I'm done fooling myself


By,
Enigma_az_lynn
10/11/14 @ 1719H



Friday 17 October 2014

Kisah Hati - Bahagian 2

Jom sambung cerita kisah hati. Heeee... Maaf lah sebab lama pula menyepi. Ecececeh, macam ada orang kisah!

Jadi aku hendak cerita apa yang berlaku di hari kejadian. Kalau ikut surat, pertandingan bermula seawal jam 8 pagi dan tamat pada pukul 5 petang. Ala, janji Melayu~ Lambat jugalah bermula pertandingan itu. Oh, lupa nak cerita, aku hanya mengenakan jubah kosong dan wide shawl sahaja untuk pertandingan itu. Ada yang mencadangkan pergi ke Butik Pengantin untuk menyewa baju. Tak kuasa mak~ Aku mahu pakai sesuatu yang selesa. Barulah selesa untuk menyanyi nanti. 

Jumlah peserta untuk pertandingan karaoke solo adalah sebanyak 44 orang! Pengsan aku mendengarnya. Ramai sungguh. Dan nombor giliran aku ialah no. 31. -___-" Ye, memang berjanggut nak tunggu sampai giliran. Pasangan duet ada seramai 8 buah pasangan. Pertandingan dimulakan dengan kategori tarian diikuti dengan 4 orang peserta solo dan disusuli dengan satu pasangan duet. Begitulah cycle nya. Aku masuk cycle ke-9. Ye, penantian yang penuh penyeksaan. Giliran aku adalah selepas waktu makan tengahari. Makanya, aku hanya makan sejemput kerana cuak. Haha. Lepas makan rasa mengantuk pula, maklumlah, sudah waktu petang kan.

Selepas makan tengahari, aku terus ke belakang pentas. Duduk terus sajalah di belakang sana menunggu giliran. Tak sanggup dah rasanya. Sampai di belakang tu, ada seorang peserta tengah berlatih bawah pokok. Dia memilih lagu Zaiton Sameon - Menaruh Harapan untuk dipersembahkan. Semangat dia berlatih. Aku sudah tak kuasa. Lantaklah macam mana pun. Menyanyi sajalah dengan ikhlas. Ada rezeki, menanglah hendaknya.

Sampai juga giliran aku akhirnya. Tetapi ada ujian sedikit. Mereka tidak menjumpai CD aku pada mulanya. Yelah, hanya sekeping CD tidak berbekas mahupun label. Audio CD yang aku 'burn' pada malam sebelum hari pertandingan. Memang bukan CD karaoke. Aku sangka tidak boleh menggunakan video beserta lirik, jadi aku 'convert' lah ke format MP3. Tapi ini kan pertandingan karaoke? Hahaha, aku baru tersedar. Lama jugalah sesi mencari CD aku itu sehinggakan kedua-dua pengacara tampil ke hadapan untuk membuat sedikit lawak sementara menanti CD aku dijumpai. Cuaknya aku tak usah cakap la, tapi muka maintain steady. Akhirnya, jumpa juga CD itu. Nah, tengoklah sendiri. Tak tau nak cakap macam mana. Pendapat peribadi aku, aku boleh buat lebih baik lagi. Di permulaan lagu ada sedikit kecuakkan dan ia terserlah pada suara aku. Namun bila masuk rangkap pertama, aku dapat kawal semula. Rasa tak sumbang banyak sangat kalau nak dibandingkan semasa bertanding pada tahun 2008. Woha, 6 tahun kemudian baru ada peluang bertanding semula?! Selepas ini, masuk Kilauan Emas pula kah?? NOOOOO! LOL!


Pertandingan berlangsung sehingga jam 6 petang kalau tidak silap aku. Sememangnya sangat-sangat lama. Al-maklumlah, pesertanya membuak-buak ramai. Pemenang pun diumumkan. Juara jatuh kepada seorang abang bersuara mirip seperti Saleem. Memang hebat abang ini. Sangat sempoi dan relax dia menyanyi. Kawalan vokal yang sangat bagus.  Aku harus berguru lagi! Tahniah abang 'Saleem". Selamat mewakili Terengganu untuk peringkat kebangsaan nanti! Make us proud!

p/s: Aku dapat tempat kedua... Hehe. Belum cukup bagus.

Wednesday 8 October 2014

Pavlova



A quick update sebelum aku mengemas barang untuk pulang semula ke tempat mengais.

Memang sudah lama teringin hendak makan pavlova. Apabila aku sampai sahaja ke Klang, terus aku mencari online seller di Facebook yang ada menjual pavlova. Ada seorang hamba Allah, aku gelarkan sebagai "H" la ye. Selalu aku tengok H ni update di Facebook tentang dessert yang dia jual. Jadi aku pun berminat hendak mencuba. Lagipun, kakak ipar aku selalu juga membeli dari saudari H ini. Dengan pertolongan kakak ipar aku, aku pun berjaya menempah pavlova idaman. Pavlova itu akan dihantar pada malam itu juga. Namun, sudah hampir Maghrib, tiada jawapan dari H. Ye lah, aku hendak tahu jam berapa dia mahu menghantar. Segala panggilan telefon, SMS, Whatsapp dan pesanan di Facebook tidak berjawan. Ok, takpelah, mungkin dia ada masalah. Tapi at least cakaplah sepatah... Bukannya aku hendak marah. Akhirnya, lebih kurang jam 10 malam, barulah dia membalas pesanan. Katanya, esok malam dia akan hantar kerana ada masalah sedikit. Aku menjawab ya. Namun, perkara sama juga berlaku pasa keesokkan malamnya. Senyap seribu bahasa. Tak faham aku. Apalah yang susah sangat nak beritahu. Kalau tidak boleh buat, cakap sahaja lah tidak boleh buat. Ini senyap sahaja. Sungguh tidak profesional. Sabar jelah. 

Aku masih gigih mencari pembikin pavlova. Tengah-tengah malam, aku search "pavlova Klang" di Google. Akhirnya, aku berjumpa dengan Suraya Bahar ataupun simply_a_baker di Instagram. Nampak meyakinkan. Aku pun segera memberi message di Whatsapp (tengah-tengah malamm buta kau!). Keesokannya, dia membalas dan  aku setuju menempah mini pavlova sebanyak 9 ketul dengan harga RM 32. 

Add caption

Memang sedap lah pavlova dia. Antara yang sedap pernah aku rasa. Tak hanyir langsung. Manis dan masamnya seimbang. Harga pun berpatutan. Aku recommend orang Klang cuba pavlova dia ini. Dia based di Jalan Sri Damak, Taman Sri Andalas. Jom follow Instagram dia di simply_a_baker ye!

Ok lah, aku perlu kemas beg. Blergh! 

Sunday 5 October 2014

Kisah Hati - Bahagian 1

Hmm, walaupun mungkin sebenarnya cerita itu mungkin sudah pun basi lagi menjemukan, namun aku tetap juga nak cerita kisah itu. Haha. Blog aku, suka hati aku la.

Ok, aku sebenarnya hendak berkongsi cerita tentang Festival Kesenian Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) peringkat Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) 2014 yang julung-julung kali diadakan pada 28 September 2014  bertempat di Auditorium, Pustaka Awam Negeri Terengganu. Fuh, panjang hendak habiskan ayatnya. 



Aku tak tahu pun kewujudan pertandingan ini sehinggalah seorang teman sekerja aku meng'forward'kan gambar poster pertandingan ke kumpulan Whatsapp klinik. Uish, mata aku terus jadi bulat bila tengok poster itu. Semangat berkobar-kobar hendak masuk menyertai. Untuk pengetahuan semua yang mungkin tidak mengenali aku, aku memang suka menyanyi. Pantang celik, terus nyanyi. Hehe, ok itu adalah over ye. 

Seperti yang tertera di situ, tarikh tamat penyertaan ialah sebelum 21 September 2014. Aku dapat tahu kewujudan pertandingan ini...emm, yup, 21 September 2014. Aduh, sudah terlewat tetapi aku tetap mahu mencuba nasib. Jadi, dengan pertolongan rakan aku tadi, aku berjaya mendapatkan nombor telefon urusetia. Tanpa melengahkan masa, aku terus menghubungi saudari urusetia itu. Katanya, penyertaan untuk kategori solo sudah pun penuh (had penyertaan ialah 26 orang) manakala untuk kategori duet pula baru setakat 6 pasangan. Tapi, dia tetap menyuruh aku menghantar borang penyertaan. Aku pun apa lagi, laju-laju mengisi borang penyertaan. Sambil-sambil itu, aku turut meng'forward' gambar poster ke sahabat-sahabat yang kurasakan berminat.



Keesokan harinya, aku mendapat panggilan dari pihak urusetia. 
"Minta maaf, doktor. Mereka bagi info salah, sebenarnya, masih ada banyak kekosongan untuk penyertaan solo. Doktor, ajaklah sekali kawan-kawan masuk. Ha, masuk sekali kategori duet." 
Lega hati mendengar kata-kata kakak itu. Hmm, tiada pasangan pula hendak kuajak menyertai pertandingan kategori duet ini. Memang susah hendak mencari pasangan duet yang serasi, lagi-lagi dengan masa yang agak suntuk. Hendak pilih lagu lagi. Aduh, serabut.

Ok lah, akhirnya aku membuat keputusan untuk hanya memasuki kategori solo sahaja memandangkan tiada pasangan untuk berduet. Seterusnya ialah pemilihan lagu. Aku ada bertanya dengan sahabat-sahabat rapat yang aku percayai dan meminta pendapat mereka tentang lagu apa yang sesuai dengan aku memandangkan mereka biasa mendengar aku menyanyi. Aku turut meminta rakan serumah aku menemani aku ke pusat karaoke untuk aku memilih lagu sambil berlatih. Banyak juga lagu yang kucuba, antaranya:

1. Rapuh - Agnes Monica
2. Kisah Hati - Alyah
3. Setia Kukorbankan - Fauziah Latiff
4. Langit ke-7 - Sharifah Zarina
5. Teruskanlah - Agnes Monica
6. Beribu Sesalan - 3 Suara

Di saat-saat akhir, aku memilih untuk menyanyikan lagu Kisah Hati oleh Alyah. Lagu ini paling dekat di hati di waktu itu. (Dan di waktu sekarang, kbai). Bagi aku, kita perlu memilih lagu yang akan menonjolkan kualiti dan range suara kita. Pada yang sama, kawalan vokal harus mantap. Ha, itulah kelemahan aku. Vocal control aku kadang-kadang ke laut sikit. Lagi-lagi bila aku tengah nervous. Dan kita juga perlu mempersembahkan sesuatu yang "wow" dalam tempoh 3 minit. 

Ha, mungkin ramai yang rasa aku mcm poyo. Hahaha, aku memang poyo. Menyanyi biarlah dari hati. Eh, buat kerja apa-apa pun biarlah dari hati, barulah seronok. Semangat itu memang  penting! Heee.

Jadi berbalik dengan lagu Kisah Hati tadi. Tiada masalah dari segi liriknya kerana aku memang hafal kebanyakan lagu-lagu. Dari segi pencarian minus one, aku berjaya mencarinya di YouTube walaupun lagu itu ada sedikit bunyi suara Alyah di permulaan lagu. Sikit sahaja ye. Tidak memberi kesan sangat. Jadi macam mana cara aku berlatih? Aku...tidak berlatih sangat. Aku hanya punya masa sebanyak 2 hari sahaja. Lagu minus one pun aku burn ke CD pada malam sebelum pertandingan. Hari Sabtu iaitu sehari sebelum pertandingan, aku mengajak Ayu sekali lagi untuk menemani aku berlatih. Ada lah dalam 3-4 kali aku berlatih. Kemudian, bila di rumah, aku hanya membiarkan lagu Kisah Hati itu bermain di komputer berulang-kali. Dari segi penghayatan, aku cuma duduk di atas katil dan menutup mata aku sambil menyelami hati dan perasaan yang sememangnya tengah bergelojak dengan emosi yang sama seperti lagu. Liriknya seperti di bawah. Korang semua boleh lah fahami dan hayati sendiri ye.

Hatiku hatimu
Menjadi satu cinta
Ku rasa hadirmu
Menyempurnakan aku


Tapi cinta bukan milik kita
Semua harus berakhir

Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini

Mungkin kita bersama
Nanti di atas sana
Biar ku setia menjaga cintamu
Selamanya



Tapi cinta bukan milik kita
Semua harus berakhir



Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini

Mungkin kita bersama
Nanti di atas sana
Biar ku setia menjaga cintamu
Selamanya...

Seperti yang boleh dilihat, liriknya pendek sahaja dan berulang-ulang. Mudah untuk dihafal. Namun maksudnya begitu mendalam. Hanya ayat-ayat mudah digunakan. Direct to the point. Dengan arrangement lagu yang indah, ternyata lagu ini memang "menangkap". 

Ok, kisah di hari pertandingan akan aku teruskan di bahagian 2 ye sebab rasa macam sudah panjang berjela pula aku menulis untuk hari ini.

Till then, let's keep it real.





Selamat Hari Raya Aidiliadha

Selamat Hari Raya Aidiladha semua...

Tahun ini aku diberi kesempatan untuk menyambut raya bersama keluarga tersayang di Pelabuhan Klang. Nenek as head chef, seperti biasa menyediakan juadah-juadah istimewa untuk anak-anak, cucu-cucu dan cicit-cicitnya. Untuk sarapan, kami menikmati hidangan nasi impit bersama kuah kacang, masak lodeh dan juga rendang ayam. Kemudian, nenek masak nasi beriani daging pula untuk makan tengahari bersama kuah dalca dan pecal. Sepupu aku turut menempah ayam KFC sebagai makanan tambahan. Amboi~ Ok, aku belanja gambar satu ye.



Kalau hendak diingatkan, ini ialah kali kedua aku berpeluang menyambut hari raya Aidiladha. Raya korban 2011, aku terpaksa oncall di wad pembedahan lelaki. Hmm, ada seorang pesakit meninggal dunia akibat serangan jantung kali kedua pada pagi itu. Raya korban 2012 pula aku bertugas di Fever Centre di Jabatan Kecemasan. Hmm, terpaksa menghadap jutaan manusia yang merayu mahukan MC. Tahun 2013 barulah dapat menikmati raya korban sebenar-benarnya. 

Sememangnya meriah dan seronok bila bersama sanak-saudara. Namun, bila tiba raya korban, aku akan sentiasa teringat nostalgia 4 tahun lepas. Ye, 4 tahun lepas, ketika waktu raya korban, arwah ayah aku berada di hospital dan ketika itu, dia sudah hampir ke penghujung waktu. Rutin aku setiap pagi sepanjang 9 hari arwah ayah terlantar di hospital ialah memandikannya, menukar bajunya dan menyiapkan dirinya kerana arwah ayah sudah pun lumpuh di bahagian kanan anggota badannya 9 hari sebelum die meninggal dunia. Bayangkanlah perasaan ketika mendengar takbir sepanjang hari raya korban itu. Aku tidak boleh menggambarkan betapa hiba dan sayunya hati di kala itu. Lebih-lebih lagi apabila aku melihat air mata arwah ayah mengalir. Kebiasaannya, aku akan menangis di bilik air ketika mandi kerana aku tidak mahu mama dan ayah melihatnya. Tetapi, ada suatu ketika, aku tidak dapat menahan sebak apabila aku melihat Pak Lang menangis bersama arwah ayah. 
Hanya mengenangkan sahaja peristiwa itu, mampu menitiskan air mataku.

Rindu ini pada arwah ayah hanya Allah sahaja yang tahu. Rindu ingin mendengar suara dan lawak jenakanya. Rindu ingin menatap wajah dan senyumannya. Rindu menggenggam tangannya dan berjalan bersama. Ayah tiada ganti. Dan dia tidak akan kembali.

Aku redha dengan ketentuan Illahi. Pasti ada hikmah di sebalik setiap ujian. Hidup harus diteruskan walau pada awalnya aku mengalami kesukaran. Satu yang aku pelajari, bahagia bermula dari dalam hati. Dari dalam diri. Orang lain atau benda boleh mempengaruhi kebahagian dan kegembiraan kita tetapi kitalah yang berkuasa menentukan sama ada kita mahu rasa bahagia atau terus hidup dalam kedukaan. Segala-galanya hanya dengan izin-Nya.

p/s: tengah-tengah tulis entry ini, tiba-tiba blackout pula. 




Thursday 2 October 2014

It's been a while...

It's been a while.

I really think I should start writing again. I miss it so much. It's getting rusty but let's just take it one step at a time. An entry per day? Emm, akan cuba diusahakan. My therapy to keep my sanity in check. 

I should go back to packing my stuffs. Really hate packing. But I can't wait to see everyone back home. Miss them so much. 

Till then, let's keep it real people.