Memang sudah lama teringin hendak makan pavlova. Apabila aku sampai sahaja ke Klang, terus aku mencari online seller di Facebook yang ada menjual pavlova. Ada seorang hamba Allah, aku gelarkan sebagai "H" la ye. Selalu aku tengok H ni update di Facebook tentang dessert yang dia jual. Jadi aku pun berminat hendak mencuba. Lagipun, kakak ipar aku selalu juga membeli dari saudari H ini. Dengan pertolongan kakak ipar aku, aku pun berjaya menempah pavlova idaman. Pavlova itu akan dihantar pada malam itu juga. Namun, sudah hampir Maghrib, tiada jawapan dari H. Ye lah, aku hendak tahu jam berapa dia mahu menghantar. Segala panggilan telefon, SMS, Whatsapp dan pesanan di Facebook tidak berjawan. Ok, takpelah, mungkin dia ada masalah. Tapi at least cakaplah sepatah... Bukannya aku hendak marah. Akhirnya, lebih kurang jam 10 malam, barulah dia membalas pesanan. Katanya, esok malam dia akan hantar kerana ada masalah sedikit. Aku menjawab ya. Namun, perkara sama juga berlaku pasa keesokkan malamnya. Senyap seribu bahasa. Tak faham aku. Apalah yang susah sangat nak beritahu. Kalau tidak boleh buat, cakap sahaja lah tidak boleh buat. Ini senyap sahaja. Sungguh tidak profesional. Sabar jelah.
Aku masih gigih mencari pembikin pavlova. Tengah-tengah malam, aku search "pavlova Klang" di Google. Akhirnya, aku berjumpa dengan Suraya Bahar ataupun simply_a_baker di Instagram. Nampak meyakinkan. Aku pun segera memberi message di Whatsapp (tengah-tengah malamm buta kau!). Keesokannya, dia membalas dan aku setuju menempah mini pavlova sebanyak 9 ketul dengan harga RM 32.
Memang sedap lah pavlova dia. Antara yang sedap pernah aku rasa. Tak hanyir langsung. Manis dan masamnya seimbang. Harga pun berpatutan. Aku recommend orang Klang cuba pavlova dia ini. Dia based di Jalan Sri Damak, Taman Sri Andalas. Jom follow Instagram dia di simply_a_baker ye!
Ok lah, aku perlu kemas beg. Blergh!
No comments:
Post a Comment