Jom sambung cerita kisah hati. Heeee... Maaf lah sebab lama pula menyepi. Ecececeh, macam ada orang kisah!
Jadi aku hendak cerita apa yang berlaku di hari kejadian. Kalau ikut surat, pertandingan bermula seawal jam 8 pagi dan tamat pada pukul 5 petang. Ala, janji Melayu~ Lambat jugalah bermula pertandingan itu. Oh, lupa nak cerita, aku hanya mengenakan jubah kosong dan wide shawl sahaja untuk pertandingan itu. Ada yang mencadangkan pergi ke Butik Pengantin untuk menyewa baju. Tak kuasa mak~ Aku mahu pakai sesuatu yang selesa. Barulah selesa untuk menyanyi nanti.
Jumlah peserta untuk pertandingan karaoke solo adalah sebanyak 44 orang! Pengsan aku mendengarnya. Ramai sungguh. Dan nombor giliran aku ialah no. 31. -___-" Ye, memang berjanggut nak tunggu sampai giliran. Pasangan duet ada seramai 8 buah pasangan. Pertandingan dimulakan dengan kategori tarian diikuti dengan 4 orang peserta solo dan disusuli dengan satu pasangan duet. Begitulah cycle nya. Aku masuk cycle ke-9. Ye, penantian yang penuh penyeksaan. Giliran aku adalah selepas waktu makan tengahari. Makanya, aku hanya makan sejemput kerana cuak. Haha. Lepas makan rasa mengantuk pula, maklumlah, sudah waktu petang kan.
Selepas makan tengahari, aku terus ke belakang pentas. Duduk terus sajalah di belakang sana menunggu giliran. Tak sanggup dah rasanya. Sampai di belakang tu, ada seorang peserta tengah berlatih bawah pokok. Dia memilih lagu Zaiton Sameon - Menaruh Harapan untuk dipersembahkan. Semangat dia berlatih. Aku sudah tak kuasa. Lantaklah macam mana pun. Menyanyi sajalah dengan ikhlas. Ada rezeki, menanglah hendaknya.
Sampai juga giliran aku akhirnya. Tetapi ada ujian sedikit. Mereka tidak menjumpai CD aku pada mulanya. Yelah, hanya sekeping CD tidak berbekas mahupun label. Audio CD yang aku 'burn' pada malam sebelum hari pertandingan. Memang bukan CD karaoke. Aku sangka tidak boleh menggunakan video beserta lirik, jadi aku 'convert' lah ke format MP3. Tapi ini kan pertandingan karaoke? Hahaha, aku baru tersedar. Lama jugalah sesi mencari CD aku itu sehinggakan kedua-dua pengacara tampil ke hadapan untuk membuat sedikit lawak sementara menanti CD aku dijumpai. Cuaknya aku tak usah cakap la, tapi muka maintain steady. Akhirnya, jumpa juga CD itu. Nah, tengoklah sendiri. Tak tau nak cakap macam mana. Pendapat peribadi aku, aku boleh buat lebih baik lagi. Di permulaan lagu ada sedikit kecuakkan dan ia terserlah pada suara aku. Namun bila masuk rangkap pertama, aku dapat kawal semula. Rasa tak sumbang banyak sangat kalau nak dibandingkan semasa bertanding pada tahun 2008. Woha, 6 tahun kemudian baru ada peluang bertanding semula?! Selepas ini, masuk Kilauan Emas pula kah?? NOOOOO! LOL!
Pertandingan berlangsung sehingga jam 6 petang kalau tidak silap aku. Sememangnya sangat-sangat lama. Al-maklumlah, pesertanya membuak-buak ramai. Pemenang pun diumumkan. Juara jatuh kepada seorang abang bersuara mirip seperti Saleem. Memang hebat abang ini. Sangat sempoi dan relax dia menyanyi. Kawalan vokal yang sangat bagus. Aku harus berguru lagi! Tahniah abang 'Saleem". Selamat mewakili Terengganu untuk peringkat kebangsaan nanti! Make us proud!
p/s: Aku dapat tempat kedua... Hehe. Belum cukup bagus.